Rabu, 2 April 2014

Bab 13 : Semangat Baru

  Kelopak mata Gary terbuka luas. Sinaran matahari memancarkan cahaya tepat ke wajahnya.
  Harghh! Sudah pagi rupanya. Gary mengeliat.
  Gary melangkahkan kakinya ke dapur untuk membuat susu.
  Namun, langkah kakinya terhenti apabila melihat Kwang Soo masih lena tidur di atas sofa ruang tamu.
  Otaknya mula bekerja keras untuk mengingat kembali peristiwa malam itu.
  'Selamatkan Ji Hyo! Dia dalam bahaya!' Ayat itu terngiang-ngiang di mindanya.
  Maknanya aku tak mimpi! Ji Hyo betul-betul memerlukan aku! Gary berlari masuk semula ke biliknya.
  Bunyi tapak kaki Gary yang berlari itu, menyedarkan Kwang Soo dari alam mimpinya.
  Kau nak pergi mana? Tanya Kwang Soo apabila melihat Gary keluar dari bilik dengan membawa jaket dan telefon bimbit di tangannya.
  Kejar impian aku! Jawab Gary mudah.
  Gary mencapai kunci kereta di atas meja dan terus keluar dari rumah.
  Deruman enjin kereta itu juga telah menyedarkan Jong Kook dan Haha daripada tidur mereka.
   »®»®»®»®»®»®»®»®»
  Jong Ki memang terkenal dengan sifat buaya daratnya. Aku yakin yang Ji Hyo akan terseksa selepas hidup bersama dia. Aku jugak yakin yang kau akan sakit hati bila kau tengok Ji Hyo sakit hatikan? Kwang Soo memandang tajam ke mata Gary.
  Jadi, apa lagi yang kau tunggu? Kau nak tengok dia merana seumur hidup? Kau nak menyesal selama-lamanya? Atau kau memang nak tengok hidup dia menderita? Tanya Kwang Soo sinis.
  Cukup! Gary menghentak meja.
  Dia takkan menderita kalau dia yang pilih cara jalan hidup dia sendiri! Gary mengangkat punggung dan beredar dari situ.
  Apa yang Kwang Soo cakap tu betul! Kata-kata Jong Kook menghentikan langkah kaki Gary.
  Kalau kau tak pandai lindungi wanita yang kau cintai, kau sama aje macam Jong Ki! Lelaki dayus! Ujar Jong Kook sinis.
  Gary mengepal kedua-dua tangannya seperti penumpuk. Dia menahan marah apabila dipanggil sebagai lelaki dayus.
  Gary menuju ke biliknya dan meninggalkan Jong Kook, Kwang Soo, dan Haha di ruang tamu.
  Dayus! Laung Jong Kook sebelum Gary membuka pintu biliknya.
   »®»®»®»®»®»®»®»®»
  Peristiwa malam itu masih terngiang-ngiang di telinga Gary.
  Mana aku nak cari dia ni? Gary bertanya kepada dirinya sendiri.
  Aku akan buktikan aku bukannya dayus! Jerit hati Gary.
  Stereng kereta dipusingnya berkali-kali tanpa hala tujuan.
  Akhirnya, kereta pacuan empat roda itu berhenti juga di depan rumah Ji Hyo.
  Gary membuka pintu kereta. Kakinya melangkah menghampiri pintu pagar. Loceng ditekan beberapa kali.
  Ya, encik. Boleh saya bantu? Lain yang diharapkan, lain pula yang keluar.
  Seorang wanita berumur keluar dari rumah dan bertemu Gary. Mungkin juga dia ialah pembantu rumah Suk Jin.
  Maaf kalau saya ganggu. Cik Ji Hyo ada di rumah? Tanya Gary lemah-lembut.
  Maaf. Encik ni siapa? Ada hubungan apa dengan cik Ji Hyo? Soal orang gaji itu.
  Saya ni kawan dia. Takpalah kalau Ji Hyo takda. Tapi tuan Suk Jin ada di rumah tak? Gary bertanya lagi.
  Oh! Encik ni kenal tuan Suk Jin juga ya? Gary hanya mengangguk dengan soalan itu.
  Tuan Suk Jin pun takda di rumah. Ada apa ya encik nak jumpa mereka? Kalau nak tinggalkan pesanan, nanti saya sampaikan.
  Takda apa-apa. Tapi boleh saya tahu, mana mereka pergi?
  Mereka ke Hotel Diamond. Mereka nak buat persiapan untuk majlis esok.
  Hotel Diamond tu, hotel yang tuan Suk Jin uruskan kan? Wanita itu cuma mengangguk.
  Majlis apa ya kalau saya boleh tahu? Tanya Gary lagi.
  Majlis tu untuk meraikan tuan Suk Jin mendapat projek di Jerman. Tuan Suk Jin dan tunang Ji Hyo ada merancang untuk membuat kejutan untuk Ji Hyo tapi saya tak pasti pula apa.
  Apa yang Jong Ki nak buat agaknya ek? Gary bertanya seorang diri namun ia dapat didengar oleh telinga wanita itu.
  Kamu kenal Jong Ki juga ya? Wah! Mak cik rasa kamu ni macam kawan rapat Ji Hyo aje. Wanita itu mengagak.
  Betullah tu. Sangat rapat. Jawab Gary mengiakan saya sambil melemparkan senyuman.
  Mesti Jong Ki nak melamar Ji Hyo depan orang ramai. Lepas tu, tuan Suk Jin pula nak mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka. Wah, romantiknya! Wanita tua itu berangan.
  Namun, panas pula telinga Gary apabila mendengarnya. Meluap-luap api cemburu dalam hatinya.
  Takpalah mak cik. Saya nak kena pergi cepat ni. Terima kasih. Gary berlari masuk ke dalam keretanya. Pedal minyak ditekan kuat. Laju kereta itu berdesup.
  »®»®»®»®»®»®»®»®»
  Nombor yang anda dail, tiada dalam liputan. Sila cuba sebentar lagi.
  Dari tadi Jong Kook dan Haha cuba menghubungi Gary tapi tidak dapat.
  Mengikut cerita daripada Kwang Soo tadi, kekalutan Gary amat membimbangkan mereka semua. Mereka hanya mampu berdoa dan menunggu khabar daripada Gary sendiri.
  »®»®»®»®»®»®»®»®»
  Maaf ya saya tumpang tanya. Tuan Suk Jin dan cik Ji Hyo ada di sini tak? Gary bertanya dengan salah seorang pekerja di kaunter penempahan bilik di Hotel Diamond itu.
  Maaf ya. Encik ni siapa? Tanya gadis muda itu.
  Gary sudah kelam-kabut tidak tahu apa yang mahu dijawabnya.
  Persembahan! Ya, persembahan. Saya nak jumpa tuan Suk Jin untuk bincang pasal persembahan. Jawab Gary lega. Entah apa yang difikirkannya sampai jawab dengan jawapan seperti itu.
  Tapi tadi ada jugak kumpulan nyanyian yang cakap diorang ada buat persembahan untuk esok. Itu pun mereka. Gadis itu menunding jarinya ke arah lobi hotel.
  Oh, mereka ke? Diorang tu lah kumpulan saya. Maknanya mereka dah bincang dengan tuan Suk Jin lah ya. Takpa, terima kasih. Gary menuju mendekati sekumpulan band itu.
  Apa kau buat ni Gary? Menipu aje ke idea yang kau ada? Gary memperbodohkan dirinya sendiri.
  Maaf kalau saya ganggu. Korang ke yang kena buat persembahan esok? Tanya Gary tanpa segan.
  Ya. Kenapa? Ada masalah ke? Tanya Min Hyuk, salah seorang daripada mereka.
  Kalau saya nak sertai kumpulan ni esok boleh. Esok aje. Tolonglah! Mohon Gary.
  Hahahahahahah....
  Kau dah takda kerja lain ke nak join kitorang? Kata Jong Hyun. Mereka semua ketawakan Gary.
  Bukan macam tu bro. Esok kekasih saya ada kat majlis tu. Kitorang tengah gaduh sebab ada orang ketiga. Saya cuma nak luahkan perasaan saya melalui lagu aje bang. Tolonglah saya! Gary merayu terus-terusan.
  Oh, pasal cintalah ni! Takpalah kalau macam tu. Aku tolong kau. Kau boleh la buat persembahan esok. Aku faham perasaan orang bercinta ni. Jawab Yong Hwa, ketua kumpulan CN Blue itu.
  Terima kasih bro. Hanya tuhan yang dapat membalas jasa korang ni. Terima kasih. Tanpa berlengah, Gary terus memeluk Yong Hwa.
  Takpa la. Aku cuma nak tolong kau. Buat yang terbaik esok ya. Kata-kata itu dipegang oleh Gary.
   »®»®»®»®»®»®»®»®»
  Kau pergi mana hah? Kitorang call tak jawab! Mesej tak reply! Risau tahu tak! Marah Jong Kook tetapi marahnya tandanya dia sayangkan Gary.
  Aku cari Ji Hyo. Jawab Gary mudah. Haha menghampiri Gary.
  Habis, jumpa tak? Tanya Haha ingin tahu.
  Tak. Jawapan Gary memberikan keluhan kepada semua yang dengar.
  Tapi aku dapat tahu esok Ji Hyo mesti datang dekat hotel ayah dia sebab ada pelancaran ke, perasmian ke, entah apa-apa entah. Aku tak pasti. Jawab Gary tanpa tahu isi kandungannya.
  Jadi, kau nak jumpa dia kat hotel tu ke esok? Tanya Haha.
  Ya. Tapi apa yang aku dengar tadi, kemungkinan besar Jong Ki dengan Suk Jin akan buat kejutan buat Ji Hyo sebab diorang nak percepatkan tarikh perkahwinan tu. Kata Gary tenang.
  Apa? Mereka bertiga memberi reaksi yang sama.
  Itu bukan kejutan tapi bala! Ji Hyo takkan suka, percayalah. Dia akan lebih tertekan kalau tarikh tu makin dipercepatkan. Kwang Soo memberi pendapat.
  Apa yang buat kau yakin sampai macam tu? Jong Kook bertanya kepada Kwang Soo.
  Kita pergi hotel tu sama-sama esok. Kita tengok perubahan wajah dia bila Suk Jin dengan Jong Ki umumkan berita tu nanti. Kata Kwang Soo berkeyakinan.
   »®»®»®»®»®»®»®»®»
  Mereka berempat melangkah kaki ke lobi hotel. Pagi-pagi lagi sudah ramai tetamu yang hadir.
  Kita nak pergi mana ni? Tanya Haha.
  Aku nak tunggu seseorang jap. Kalau korang nak masuk dewan hotel tu dulu pergilah. Aku ada hal sikit. Jawab Gary.
  Takpalah. Biar kitorang ikut kau. Pergi sama-sama, balik pun sama-samalah. Kata Jong Kook itu ada betulnya juga.
  Gary, dah lama tunggu? Yong Hwa memegang bahu Gary daripada belakang.
  Eh, takdalah. Baru aje sampai. Mereka semua bersalaman antara satu sama lain.
  Dah sedia ke? Tanya Yong Hwa.
  Huh! Gary tarik nafas dalam-dalam. Dah! Semangat Gary membara dalam diri.
  Mereka semua bergerak ke belakang pentas dewan untuk membuat persediaan.
  Aku tak faham? Sedia untuk apa? Tanya Jong Kook.
  Kau tengok aje la nanti. Gary mengenyitkan matanya kepada mereka.
   »®»®»®»®»®»®»®»®»
  Jong Kook, Haha, dan Kwang Soo duduk di dalam dewan sambil menikmati hidangan yang disediakan. Manakala Gary masih lagi di belakang pentas masih lagi menunggu masa untuk membuat persembahan.
  Boleh ke kita makan aje kat sini? Kita mana ada dapat jemputan. Tanya Kwang Soo.
  Aku pun rasa macam serba salah aje ni. Kata Haha.
  Takpe kot. Kalau Suk Jin nampak kita, dia mesti tak kisah sebab dia kenal kita. Jawab Jong Kook tenang.
  Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis ini. Suara itu kedengaran dari pembesar suara.
  Mereka bertiga menoleh kepala ke arah pentas. Suk Jin!
  Saya bersyukur kerana dengan usaha, kerjasama, dan sokongan kamu semua, saya dapat memajukan empayar syarikat dan hotel ini. Dan kehadiran kalian juga adalah untuk meraikan bakal pengantin anak saudari saya, Song Ji Hyo dan putera idamannya Song Jong Ki. Saya harap cinta mereka berkekalan. Terima kasih sekali lagi kepada semua hadirin sekalian. Sambung Suk Jin lagi. Para tetamu yang hadir memberikan tepukan yang gemuruh.
  Tanpa membuang masa, saya menjemput sekumpulan penghibur untuk membuat persembahan untuk menghiburkan anda semua. Harap anda semua terhibur. Tepukan diberikan sekali lagi.
  CN Blue dan Kang Gary keluar dari belakang pentas.
  Ji Hyo, kau kat mana? Bisik hati Gary. Matanya melilau mencari Ji Hyo berada di mana.
  Kaki mereka sudah memijak atas pentas tetapi Gary masih belum nampak bayangan Ji Hyo.
  Aku rasa aku tak jadi la buat persembahan ni. Aku tak nampak pun dia. Gary berbisik ke telinga Yong Hwa.
  Kau kena yakin! Balas Yong Hwa.
  Yong Hwa memberi mikrofon kepada Gary. Gary terpinga-pinga.
  Kau guna suara kau untuk menperkenalkan diri kau dan kami semua. Aku pasti kalau dia dengar suara kau, mesti dia muncul.
  Gary mengangguk dan mencapai mikrofon itu.
  Hai, memperkenalkan saya ialah Kang Gary bersama kumpulan CN Blue di sini. Saya harap anda akan terhibur dengan persembahan kami. Lolol.
   »®»®»®»®»®»®»®»®»
  Kang Gary!
  Ji Hyo yang berada di luar dewan, sangat terkejut mendengar suara itu. Perkataan 'lolol' sudah meyakinkannya bahawa lelaki yang bersuara itu adalah Kang Gary.
  Namun, Ji Hyo ragu-ragu sama ada mahu masuk ke dewan tersebut ataupun tidak.
  Suara yang lunak dan merdu sudah kedengaran. Nampaknya Yong Hwa sudah mula menyanyi dengan judul lagunya 'For first time lover'.
  Tapi itu bukan suara Gary. Mungkin Gary yang lain. Bukannya 'Gary aku' aje yang wujud dengan nama Kang Gary. Ramai lagi yang berkongsi nama yang sama.
  Chop! 'Gary aku!' Aku ni dah kenapa. Sedar Ji Hyo! Dia dengan kau dah takda apa-apa hubungan lagi! Ji Hyo berdialog dengan dirinya sendiri.
  Aku kena pastikan betul ke dia Gary yang pernah bertakhta dalam diri aku ni tapi kenapa kaki aku ni macam berat aje nak masuk ke dalam dewan tu? Ego dalam diri Ji Hyo yang menebal telah menghalangnya untuk mencari kepastian.
  Ji Hyo, kenapa tak masuk lagi ni? Suk Jin dan Jong Ki tiba-tiba muncul dari belakangnya.
  Err... Er... Hah! Ji Hyo tunggu daddy lah. Ji Hyo hanya hentam keromo menjawab.
  You tnggu daddy aje ke? I tak ke? Tanya Jong Ki manja.
  Eh, kamu ni. Tak payah nak bermanja depan daddy pulak ya. Jawab Suk Jin.
  Huh! Ji Hyo menarik nafas lega. Nasib baik daddy potong soalan Jong Ki tu tadi. Kalau tak, aku pun tak tahu nak jawab apa. Ji Hyo mengeluh lagi.
  Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam dewan.
  Jong Ki dan Ji Hyo masuk berpegangan tangan.
  Gary yang sedang bermain keyboard piano di atas pentas begitu cemburu melihat kemesraan Ji Hyo dan Jong Ki.
  Nasib baik dia dapat mengawal perasaannya itu. Kalau tak, pasti persembahan itu akan jadi teruk jika Gary tidak fokus dan membuat kesalahan.
   »®»®»®»®»®»®»®»®»
  Korang dapat jemputan ke? Jong Ki berdiri tegak menghadap Jong Kook, Haha, dan Kwang Soo.
  Mereka semua terdiam.
  Kenapa senyap. Maknanya tak lah tu kan? Kenapa nak menyemak aje kat sini. Baik korang blah dari sini! Ajak kawan korang yang hodoh kat atas pentas tu berambus sekali. Buat sakit mata aje! Sindir Jong Ki.
  Memang kau tak ajak kitorang datang sini. Ada kitorang kisah! Jong Kook berani menjawab.
  Nasib baik kat sini ramai orang. Kalau tak, pecah muka kau kat sini! Sinis Jong Ki.
  Selepas beberapa langkah Jong Ki pergi, dia berpatah balik semula pergi menghampiri Jong Kook dan yang lain.
  Tunggu sekejap. Kwang Soo? Kau pun ada kat sini? Dan aku baru perasan yang Jong Kook dah baik dengan Gary ke? Wah! Aku terkejut betul ni. Apa yang mamat hodoh tu bomohkan korang sampai korang semua baik dengan dia. Korang belot aku rupa-rupanya. Sinis Jong Ki lagi.
  Baik kau blah dari sini sebelum gigi kau patah kena penumbuk aku ni! Balas Jong Kook secara lembut tetapi isi kandungannya terlalu pedih untuk didengar.
  Ooppss! Maaf! Jong Ki pura-pura takut dan dia terus beredar dari situ. Dia pergi duduk di sebelah Ji Hyo pula.
   »®»®»®»®»®»®»®»®»
   Kenapa kau tak pandang aku? Kau tak nampak ke aku kat sini. Gary, pandanglah aku! Cuba kau pandang aku. Aku mohon, kau pandanglah sini walaupun sekali. Hati Ji Hyo berasa sakit kerana Gary langsung tidak menoleh ke arahnya. Dia juga tertanya-tanya sama ada Gary betul-betul sudah melupakannya atau itu cuma helah semata-mata.
  Jong Ki menarik kerusi di sebelah Ji Hyo lalu dia duduk di atasnya.
  You pergi mana tadi? Tanya Ji Hyo.
  I jumpa Jong Kook dengan Haha. Kwang Soo pun ada jugak. Jawab Jong Ki.
  Diorang pun ada? Diorang dapat jemputan ke? Siapa yang jemput? Soalan ditanya bertalu-talu.
  Diorang datang sini tumpang makan aje kot. Lapar sangat agaknya. Tak cukup makan. Kasar sungguh ayat yang dibalas oleh Jong Ki.
  Ji Hyo memandang Gary lagi. Kebetulan, pada waktu itu juga Gary memandang Ji Hyo. Ji Hyo mengambil kesempatan untuk membuat Gary cemburu. Ji Hyo memeluk lengan Jong Ki di sebelahnya dengan erat.
   »®»®»®»®»®»®»®»®»
  Selepas Yong Hwa menghabiskan lagunya, Gary mengambil tempat di hadapan. Dia berdiri di hadapan sambil memegang mikrofon yang telah dikakikan.
  Kenapa kau buat aku macam ni Ji Hyo? Sakit hati aku ni bila kau peluk lengan Jong Ki tu erat-erat!
  Pada masa yang sama, telefon bimbit Jong Ki berbunyi.
  Saya keluar kejap ya. Izin Jong Ki kepada Ji Hyo sebelum dia menjawab deringan telefon bimbitnya itu. Kini Ji Hyo seorang diri.
  Ini peluang aku! Kata Gary dalam hati.
  Saya datang ke sini sebenarnya....

* Saya perlu habiskan cerpen ni secepat mungkin sebab saya akan ke PLKN minggu hadapan. Sesungguhnya, saya memang masih banyak idea untuk meneruskan cerpen ini hasil daripada pertolongan pembaca dan fans gaerokie (instagram) tetapi malangnya saya tidak sempat untuk meneruskannya. Maaf sekali lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan